
Melaka, 17 Ogos 2008 - Satu Interclub TT ProtonClub Negeri Melaka bersama IMPUL Melaka, Perodua Viva Club (VIVAC) dan Saga Iswara Club (SIC) telah berlangsung di hadapan MITC, Ayer Keroh pada jam 4.30 petang.Hampir 30 biji kereta telah berkumpul di hadapan MITC di samping berkenalan sambil beramah mesra dan bergambar beramai-ramai.
Seterusnya kami berkonvoi secara tersusun menuju ke lokasi yang dijanjikan iaitu Pantai Puteri. Walaupun perjalanan konvoi agak laju namun keadaan terkawal. Orang ramai disekitar terpesona dengan aksi deretan kereta tersusun dan semangat pemotoran yang terjalin menghangatkan suasana malam. Tujuan utama mengadakan aktiviti kali ini adalah untuk bersuai kenal dengan ahli-ahli kelab kereta di sekitar negeri Melaka dan beramah mesra sambil bertukar-tukar pendapat. Dari pemerhatian, kelab-kelab kereta sekitar Melaka masih perlu didedahkan dengan kewujudan kelab-kelab pemotoran yg berteraskan internet. Jadi, diharapkan perjumpaan ini dapat menampilkan sedikit sebanyak kegiatan positif yang boleh disertai dan memberi gambaran kemeriahan persahabatan antara kelab.
Interclub TT ini berjaya mencapai objektifnya di mana ianya dapat memupuk semangat setiakawan di kalangan ahli di samping dapat menambahkan kenalan baru dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang hadir. Laporan Oleh:MohdHuzaimi